Berita Terkini
recent

Boy Iman Punya Hal, Adam Shahz Terkena

PENAHANAN pelakon Datuk Boy Iman berhubung penipuan projek pembinaan rumah turut membawa padah kepada aktor Adam Shahz yang dilantik menjadi jurucakap selebriti oleh usahawan itu.

Adam, 35, berkata, perkara itu menyebabkan dia terkena tempias dihina dan dikutik oleh netizen kononnya bersekongkol dengan Boy bagi menipu orang ramai.

"Saya menerima tawaran sebagai jurucakap untuk perkara berkaitan seni selepas terlibat dengan beberapa projek seni untuk projek berkaitan yang dilaksanakan oleh Boy.

"Saya tahu netizen kecam saya dan imej saya sudah pun terjejas. Tapi saya hanya menjadi jurucakap selebriti sahaja, ia hanya berkaitan seni, saya terlibat dengan projek teater Kontena 404 yang bakal dipentaskan bulan ini," ujarnya .

Adam diminta mengulas penglibatannya dalam syarikat milik Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman yang ditahan pada Isnin lalu.

Boy Iman atau Norul Iman Abdul Rahman ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Tambah Adam, dia tidak boleh memberi sebarang komen berkaitan perkara tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas.

"Saya tidak tahu apa-apa berkaitan perniagaan mereka dan tidak boleh beri komen tentang itu.
"Biar pihak berkuasa dan mahkamah yang menentukan siapa betul dan salah," ujarnya


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.