Berita Terkini
recent

Boy Iman Diserahkan Ke IPD Kubang Pasu

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini hebih di media sosial tentang seorang pelakon lelaki, Datuk Boy Iman yang didakwa telah menipu orang ramai dalam pembelian rumah.

Menurut Sinar Harian, perintah reman dua hari ke atas Boy sudah tamat semalam.

Perintah reman turut dikeluarkan oleh Majistret Adibah Husna Zainal Abidin terhadap Boy dan juga tiga lagi individu termasuk seorang wanita. Ketiga-tiga individu terbabit merupakan pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Kelmarin, Boy dan tiga orang individu berkenaan telah direman di lokap Ibu Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan penipuan pelaburan binaan rumah yang membabitkan RM30,000 yang dilakukan oleh DBI Properties.

Dalam pada itu, Superintendan Chan Teck Paing yang merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, telah mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, semua suspek akan diserahkan kepada polis di IPD Kubang Pasu, Jitra.

“Kesemua suspek didapati juga mempunyai kes yang sama di dearah Jitra dan Langkawi, mereka akan ditahan di daerah yang berkaitan untuk bantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan negeri Pahang telah membuat siasatan terhadap gelaran ‘Datuk’ yang diterima oleh Boy.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.