Berita Terkini
recent

Blake Lively Dedah Jadi Mangsa Seksual Jurusolek

Aktres popular terkenal, Blake Lively mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang jurusolek.

Kata bintang Gossip Girl ini, lelaki itu bukan sahaja cuba menyentuhnya tetapi sering menggunakan kata-kata kurang menyenangkan selain berbaur seksual.

"Dia sering bercakap tentang perkara yang tidak sepatutnya selain bertegas untuk menyapu gincu di bibir saya menggunakan tangannya.

"Pernah dalam satu kejadian saya tertidur di set penggambaran dan apabila terjaga saya dapati dia sedang merakam foto saya.

"Mujur saya berpakaian tetapi ia tetapi sesuatu yang tidak patut dilakukan," katanya seperti dilaporkan Contact Music.

Dalam pada itu, Blake berkata dia pernah mengadu mengenai perbuatan jurusolek itu kepada penerbit namun tiada tindakan serius diambil terhadapnya.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.