Berita Terkini
recent

Bintang Dawson’s Creek Mengaku Pernah Dicabul

Selepas pendedahan kelakuan keji penerbit dan pengarah, Harvey Weinstein yang melakukan gangguan seksual terhadap ramai pelakon wanita Hollywood, aktor Van Der Beek turut lantang mengutuk lelaki tersebut.

Bukan itu sahaja, bintang drama Dawson’s Creek itu mendedahkan ketika dirinya masih muda, dia pernah dicabul oleh seorang lelaki tua yang mempunyai kuasa dan banyak harta seperti Weinstein.

"Apa yang dilakukan Weinstein adalah jenayah dan tidak boleh diterima dalam industri. Saya berbangga dengan wanita-wanita yang berani tampil mendedahkan siapa lelaki itu sebenarnya.

"Sewaktu masih muda, saya juga pernah dicabul oleh orang berkuasa besar dalam industri. Bukan mudah apabila ia berlaku dalam hidup kita,” tulis aktor itu di laman Twitter.

Terdahulu, ramai aktres popular Hollywood tampil membongkar tabiat buruk Weinstein yang gemar melakukan gangguan seksual.

Antara aktres tersebut ialah Gwyneth Paltrow, Angelina Jolie, Rose McGowan, Mira Sorvino, Asia Argento, Cara Delevigne, Lea Seydoux, Rosanna Arquette, Judith Godrèche, Tomi-Ann Roberts, Katherine Kendall dan Dawn Dunning.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.