Berita Terkini
recent

Beyonce Gembira Rumah Tangga Wendy Williams Goyah

PENYANYI Beyonce dilaporkan gembira dengan berita kecurangan suami kepada pengacara bermulut lancang, Wendy Williams.

Hollywood Life melaporkan Beyonce menganggap apa yang berlaku terhadap Wendy adalah satu karma kerana sebelum ini dia sering bercakap buruk tentang selebriti lain dalam program bual bicaranya.

Wendy sebelum ini pernah menghina Beyonce apabila dia menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang wanita tidak berpendidikan dan hanya setaraf dengan pelajar gred lima.

Media melaporkan rumah tangga Wendy dan suami, Kevin Hunter dilaporkan goyah apabila dia mendapat tahu lelaki itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ahli terapi.

Wendy yang kelihatan tenang dengan berita tersebut bagaimanapun sebenarnya menahan marah dengan perbuatan suaminya itu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.