Berita Terkini
recent

Benjy bakal dipenjara selama 14 tahun

PELAKON, Khaerryl Benjamin  Ibrahim,38, atau lebih dikenali sebagai Benjy berhadapan kemungkinan dihukum penjara 14 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.

Memetik laporan Tribun Medan, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan pada Rabu memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas Benjy kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara itu.




Sementara itu, Ketua Hakim Mahkamah Daerah Medan, Wahyu Prasetyo Wibowo memberitahu, bahawa akan memberi tempoh seminggu buat Benjy untuk mengemukakan hujahan bertulis untuk tujuan pembelaan diri.


"Adakah anda akan membuat pembelaan diri?.


"Diberi waktu satu minggu, anda siapkan ya secara tertulis. Anda siapkan?" ujarnya lagi.

Benjy mengangguk tanda faham dan lantaran itu hakim menutup sidang mahkamah.

Pelakon berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, pada 18 April lalu bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.