Berita Terkini
recent

Belum Mengidam Yang Bukan-bukan

Semenjak disahkan berbadan dua, aktres cantik Nora Danish bersyukur kerana setakat ini dia belum lagi mengidam makanan yang bukan-bukan.



Memetik laporan BH online, isteri kepada Nedim Nazri ini berkata keinginannya terhadap sesuatu misalnya dari segi makanan setakat ini masih terkawal.

Berbeza dengan pengalaman ketika hamil anak sulung, dia mengalami masalah tidak boleh makan makanan yang berasaskan ayam.

"Setakat ini, semuanya masih terkawal dan boleh dikatakan segala jenis makanan saya 'belasah'.

"Keadaan agak berbeza ketika saya mengandungkan anak sulung (Putra Rayqal, 8) dulu. Waktu itu, ada makanan yang saya tak boleh makan, contohnya yang berasaskan ayam," katanya

Nora ketika ini memperlahankan kerjaya seninya bagi menumpukan perhatian kepada kandungan yang semakin membesar.

Justeru, dia hanya menunggu tayangan filem terbaru lakonannya, iaitu Makrifat Cinta yang menyaksikannya bergandingan dengan Syamsul Yusof. Selain satu lagi tayangan filem kolaborasi Malaysia dan Indonesia, Bukan Cinta Malaikat di pawagam tanah air.

Sementara itu, seperti mana rata-rata peminat yang menyambut gembira mengenai berita kehamilan Datuk Siti Nurhaliza, begitu juga dengan Nora yang turut menumpang gembira.

Apatah lagi usia kandungan biduanita itu juga hampir sama dengan kandunganya iaitu masing-masing kini hamil empat bulan.

"Sejak dapat tahu berita kehamilan Datuk Siti, saya antara orang yang paling teruja, apatah lagi kami berkongsi usia kehamilan yang sama.

"Saya sedar, bukan saya saja yang menunggu berita gembira itu selama ini. Pastinya, ramai yang berharap rumah tangga beliau akan dikurniakan cahaya mata," tuturnya.

Pada Jumaat lalu, Siti, 38, mengumumkan dirinya berbadan dua selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.