Berita Terkini
recent

Bayaran Izreen tidak terjejas

PELAKON popular Izreen Azminda mengakui tidak berdepan masalah pembayaran selepas dilantik menjadi duta produk kesihatan keluaran syarikat DBI Health & Beauty milik Datuk Boy Iman.

Izreen, 32, berkata, buat masa ini pihak yang menguruskan produk itu masih menjalankan tanggungjawab dan menjelaskan bayarannya setiap bulan.

"Produk kesihatan ini tidak ada kena mengena dengan perniagaan hartanah yang diusahakan Boy. Ia diuruskan pihak lain, jadi ia berbeza.

"Soal bayaran setakat ini tiada masalah. Kalau nak tahu bab jualan kena tanya sendiri bahagian pemasaran. Saya hanya menjalankan tugas sebagai duta untuk mempromosikan produk. Jadi, saya tak campur dan ambil tahu," katanya kepada Harian Metro.

Izreen berkata, sepanjang bekerjasama dengan Boy Iman, dia tidak berdepan sebarang masalah.

"Alhamdulillah, setakat ini kerjasama kami okey lagi. Dia boleh dibawa berbincang. Jika ada permintaan tambahan daripada saya, dia okey.

"Selagi dia tidak mendatangkan masalah, saya okey saja untuk bekerjasama. Apa berlaku sekarang adalah masalah dia dengan isu berkenaan. Tidak adil jika mahu menghukum orang lain atas apa yang berlaku. Saya hanya mencari rezeki," katanya.

Dalam masa sama, Izreen mengakui ada segelintir pihak menasihatinya agar tidak bekerjasama atau terbabit dalam mana-mana projek membabitkan Boy Iman.

"Apabila timbul isu ini, tidak dinafikan ramai menasihati saya supaya berhati-hati dan tidak kurang juga melarang saya bekerjasama dengan Boy Iman.

"Malah ada juga segelintir artis terpengaruh dengan cakap orang lain sehingga memandang serong terhadapnya. Bagi saya tak patut bersikap sedemikian. Hari ini hari dia, esok lusa tak tahu nasib kita macam mana pula," katanya.
Powered by Blogger.