Berita Terkini
recent

‘Bawang Putih’ Kini Manis Berhijab

Pasti ramai yang menonton sinetron terkenal Indonesia, Bawang Putih Bawang Merah yang mula ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2004 dahulu.


Walaupun mempunyai beratus episod, namun dapat menarik perhatian sesiapa sahaja untuk berada di hadapan kaca televisyen menontonnya.

Pemilik watak Bawang Putih, Revalina S. Temat pastinya diminati ramai disebabkan wajahnya yang ayu dan lemah lembut yang sering dibuli Bawang Merah dengan ibu tirinya.

Terbaru, wajah ayunya menjadi perhatian ketika dilihat menghadiri majlis resepsi gilang gemilang pelakon Laudya Cynthia Bella bersama suami, Engku Emran baru-baru ini.

Namun, apa yang menariknya, dilihat pelakon cantik itu sudah berhijab. Tampak begitu manis sekali. Menurut sumber, dia mengakui ingin lebih dekat dengan Yang Maha Kuasa setelah menginjak usia 31 tahun.



Dikhabarkan, Revalina mula berhijab setelah pulangnya dari mengerjakan Umrah bersama suami awal bulan April yang lalu.

Foto pertama yang dimuatnaik memakai tudung di Instagram juga menarik ribuan pengikutnya memberi komen yang positif.

Sehingga kini, pelakon itu tetap memakai tudung dan telah menukar foto utama Instagram miliknya dengan gambarnya yang berhijab. Tidak hairanlah ramai yang meminati dan mendoakan aktres ini terus istikomah.

Kini pelakon filem Perempuan Berkalung Sorban ini sedang berbahagia bersama suami tercinta, Rendy Aditya dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Rihga Sadiwasakti Rabbani.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.