Berita Terkini
recent

Bapa reda atas kematian anak ditikam sepupu

Bapa kepada seorang wanita yang mati ditikam sepupu sendiri di sebuah rumah di Taman Temerloh Makmur di sini Sabtu lalu, reda dengan kematian anak keempatnya itu tetapi cara pemergiannya sahaja yang sukar dilupakan.

Mohamod Sidek, 56, berkata, kejadian yang berlaku itu sesuatu yang mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana suspek yang terlibat adalah anak saudaranya sendiri.

"Ramai yang tanya kenapa saya bela dia, orang tak tahu cerita, sedangkan anjing, kucing, ayam pun kita bela inikan pula manusia...anak saudara saya sendiri.

"Dia (suspek) anak abang saya, mungkin rezeki saya lebih sikit saya bela dia, nak bagi duit saya tak mampu gaji saya bukan banyak...dia tinggal sini kerja dengan anak lelaki saya basuh kereta.

"Nak bagi duit memang tak ada, jadi dia kerja basuh kereta dapat juga RM35 ke RM50 sehari," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Tualang di sini semasa menerima kunjungan Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin di rumahnya.

Mahamod berkata, dia (suspek) budak baik tetapi disebabkan terlibat dengan dadah akhirnya menyebabkan tindakan yang dibuat di luar kawalan.

"Saya baik selama ini dengan dia tapi balasan yang diberikan sangat mengejutkan kami, kalau dia terlepas sekalipun 30 atau 40 tahun nanti jangan duduk di sini lagi, persaudaraan kita bukan putus tapi saya tak mahu berurusan lagi dengan dia," katanya.

Mohamod melahirkan terima kasih kepada ribuan masyarakat dan pemimpin yang hadir menziarahi keluarganya di Hospital, rumah dan juga di tanah perkuburan sepanjang urusan menguruskan jenazah Robiatul Ain, 27.

"Umur saya dah 56 tahun, andai kata saya mati dulu saya rasa tak akan dapat macam mana yang arwah dapat, saya pelik macam mana dia berkawan hinggakan 1,000 orang menziarahi jenazahnya hari itu.

"Arwah anak keempat dari tujuh beradik, adik beradik dia tahu macam mana baiknya arwah ni, kami reda, saya minta isteri dan anak-anak saya reda dengan apa yang berlaku ini.

"Kalau ada rakan-rakan yang datang jumpa dan simpati kepada saya, peluk saya jangan menangis, kalau awak menangis saya tak boleh tahan," katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Robiatul Ain 27, maut ditikam oleh sepupu lelaki sendiri di dalam rumah didiami bersama suami, adik dan juga suspek di Taman Temerloh Makmur di sini.

Kejadian berlaku ketika hanya suspek lelaki berusia 27 tahun dan mangsa berada di dalam rumah kira-kira jam 9.20 malam.







Mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah tersebut yang juga rumah kedua milik bapa mangsa, Mohamod yang juga anggota di Balai Polis Temerloh.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.