Berita Terkini
recent

Bangun Awal Pagi Demi Elak Terserempak Dengan Peminat

Bersama pengaruh muzik yang dibawa, Oasis masih disebut-sebut sebagai salah satu band terhebat yang kemunculan semula mereka sentiasa dinanti.

Meskipun kumpulan ini sudah bubar, namun peminat fanatik mereka juga pencinta muzik terus berharap agar band Brit-rock ini kembali reunion dan melancarkan karya baru.

Kesetiaan peminat Oasis masih kekal sampai sekarang. Hal tersebut turut diakui vokalisnya, Liam Gallagher.

Menerusi satu temubual bersama NME baru-baru ini, Liam Gallagher mengaku dia sanggup bangun awal pagi untuk berjoging kerana mahu mengelak daripada terserempak dengan peminat yang pasti akan bertanyakan mengenai bilakan mereka mahu kembali reunion.

"Saya selalu bangun jam 5 pagi. Kenapa? Kerana kalau saya tidak lari di pagi hari, akan ada ramai orang yang menghampiri saya lalu bertanya, 'bilakah saya dan Oasis akan kembali?', 'bagaimana keadaan anggota lain?'.

"Hey, saya rasa seperti berhadapan dengan media," katanya yang seolah-olah mengharapkan untuk menjalani kehidupan sebagai orang biasa.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.