Berita Terkini
recent

Baim Wong Putus Cinta Selepas Lamar Kekasih?

Nampaknya kisah cinta antara dua selebriti terkenal Indonesia, Baim Wong dan Vebby Palwinta dikatakan kini goyah.  Dikhabarkan, dua sejoli tersebut telah mengakhiri hubungan cinta mereka.

Terdahulu, Baim yang juga mengaku telah mengatur pertemuan dengan keluarga Vebby untuk menbincangkan mengenai ingin melamar kekasihnya.

Baru sebulan mereka mahu merancang akan ke jinjang pelamin, namun, ada khabar tidak senang menimpa pasangan itu.

Perkhabaran ini menjadi bualan ramai apabila keduanya memuat naik status yang berbaur kecewa dengan pasangan masing-masing.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Baim, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar dengan latar belakang hitam dan sebaris ayat yang seolah kecewa di Instagramnya.

“ I Tried. You didn’t. I’m done. Have Fun,” ujarnya.

Malah, Baim juga menulis kapsyen “Done (Sudah berakhir),” pada gambar berkenaan.

Walaupun entri tersebut sudah dipadam, namun gambar itu telah tersebar meluas ke beberapa portal gosip di Indonesia dan mendapat ribuan perkongsian.
Dalam pada itu, Vebby juga ada memuatnaik sepotong ayat dengan nada yang tak jauh berbeza dengan kekasihnya.


“Learn to see things from different perspectives. Never limit yourself to just one point view.”
Spekulasi perpisahan mereka terus berkembang seiring dengan muat naik penuh ayat daripada Baim dan Vebby itu sendiri.
Bagaimanapun, hingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada mereka berdua.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.