Berita Terkini
recent

Bahaya Panggil Mila Jutawan

PENYANYI Mila Jirin yang kini berjaya dalam bidang perniagaan tidak selesa dengan gelaran jutawan yang diberikan oleh sesetengah pihak kepadanya.

Mila atau nama sebenarnya Norsyamilla Jirin, 30, berkata, gelaran itu sedikit sebanyak boleh memberi impak negatif terhadap dirinya dan keluarga.

"Alhamdulillah, perniagaan saya kini semakin baik. Namun, saya kurang selesa apabila ada orang panggil saya jutawan.
"Bukan apa, nanti mungkin ada pihak yang berniat tidak baik terhadap saya dan keluarga. Agak bahaya sebenarnya," ujarnya.

Dia ditemui sewaktu sidang media Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2017 di Hotel Royal Chulan The Curve, Petaling Jaya pada Selasa.

Mila kini menjalankan perniagaan merangkumi produk kecantikan, pakej perkahwinan dan pakaian.

Dalam pada itu, Mila turut meluahkan hasrat untuk membantu golongan belia mengikut jejak langkahnya dalam bidang perniagaan.

Menurut Mila, segala pengalaman yang ada padanya mahu dikongsi dengan anak muda agar semakin ramai usahawan dapat dilahirkan.

"Saya sebenarnya bermula dari kosong, bila dah ada di tahap sekarang, saya mahu kongsikan ilmu saya dengan belia di luar sana.

"Saya juga mahu buka peluang untuk mereka menjadi ahli perniagaan dan memiliki perniagaan sendiri," katanya.

Mengulas mengenai kerjaya seni, penyanyi itu mengakui masih lagi mencari material yang sesuai untuk tampil dengan single terbaharu.



Kata Mila, dia sebolehnya mahu menghasilkan lagu yang matang seiring dengan usia dan statusnya sekarang.

Dalam pada itu mengenai Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2017, ia dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam.

Saringan akan berlangsung pada 4 dan 5 November depan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, manakala pertandingan akhir acara itu akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 11 November depan.

Selain Mila, antara artis yang akan membuat persembahan pada pertandingan akhir itu adalah Aina Abdul dan Dylea.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.