Berita Terkini
recent

Atmosfera Sanggup Dibuang Kerja

KUMPULAN dua beradik, Atmosfera tidak peduli jika diambil tindakan gara-gara ponteng kerja bagi memenuhi undangan acara hiburan di Kuala Lumpur.

Malah, Hezron dan Ganak yang masih bekerja di sebuah kilang di Sabah berkata, mereka sanggup diberhentikan demi meneruskan kerjaya nyanyian tersebut.

"Saya dan Ganak tidak ambil cuti tapi boleh dikatakan kami ponteng kerja. Gaji tidak jalan.

"Kami sanggup datang Kuala Lumpur demi meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.

"Biarlah kalau kena buang kerja di sana pun apa kami boleh buat," kata Hezron.


Demi mahu meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, Atmosfera sanggup dipotong gaji.

Terbaru Atmosfera tampil dengan single Tak Tahu Malu yang merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Hezron.

Menurut mereka, lagu tersebut merupakan kisah daripada pengalaman sendiri sebelum berkahwin.

"Lagu ini merupakan pengalaman sendiri tapi kisah dahulu lah. Sebelum berkahwin. Mengisahkan seorang perempuan yang menipu kekasihnya.

"Tapi kehidupan saya sekarang tidaklah seperti itu lagi," ujarnya Hezron.


Dalam pada itu, Atmosfera mengakui teruja apabila lagu Berakhir Sudah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32.

Mereka berjanji untuk melakukan yang terbaik bagi mendapatkan tempat di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32.

"Kami rasa teruja apabila pertama kali dapat beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 menerusi lagu Berakhir Sudah.

"Akhirnya lagu ciptaan ayah kami dapat menebusi pasaran di sini dan mendapat sambutan yang baik.

"Insya-Allah kami akan melakukan yang terbaik untuk melayakkan lagu tersebut ke pentas akhir pula," kata Hezron.

Atmosfera bakal bersaing di minggu ketiga separuh akhir pada 12 November di Sri Pentas 2, Shah Alam.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.