Berita Terkini
recent

Atlet terjun negara dakwa dinodai jurulatih

Seorang atlet penerjun wanita negara mendakwa diperkosa  di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini, 26 September lalu.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa sedang berehat di tepi kolam di kompleks sukan terbabit.




Mangsa kemudiannya diarahkan oleh ketua jurulatih terbabit ke 'dry gym' untuk mengambil kerusi dengan ditemani seorang jurulatih lain untuk membantunya.


Bagaimanapun dalam ‘dry gym’ itu, mangsa telah diarahkan oleh suspek untuk menemaninya sebelum dia dipeluk.


Mangsa menolak namun suspek bertindak di luar kawalan apabila menariknya ke dalam tandas.

Atlet itu diperkosa dan diugut supaya tidak memberitahu kejadian terbabit kepada sesiapa.

Susulan kejadian itu, mangsa dan keluarganya membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling, di sini kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memaklumkan seorang jurulatih warga tempatan berusia 35 tahun ditahan di Kompleks MSN, hari ini.

“Mangsa membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan dirinya,” katanya.

"Suspek kini sedang direman selama lima hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.