Berita Terkini
recent

ASK2017: Martabat Pencipta Fenomena Seni Tanah Air

MAJLIS anugerah berprestij, Anugerah Skrin kembali lagi 3 November depan dalam memartabatkan karya seni di televisyen dan layar perak tanah air.

Membawakan tema “Mencipta Fenomena”, Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) menyeru seluruh warganegara untuk mengiktiraf sejarah, meraikan masa kini, dan bersedia untuk masa hadapan.




Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, ASK2017 menjadi antara usaha memartabatkan setiap pengorbanan semua penggiat seni tanah air sama ada di hadapan atau di belakang tabir.

"Ini merupakan siri yang ke-21 dan sehingga tahun ini, Anugerah Skrin masih relevan dan berperanan sebagai pemangkin industri penyiaran supaya karyawannya terus mencipta fenomena.

"Oleh itu, kami memperkenalkan beberapa pembaharuan, antaranya adalah Majlis Prelude ASK 2017.

"Di samping itu, kami berterima kasih kepada RTM, HyppTV, dan Bernama kerana turut menyokong ASK dengan menghantar pencalonan," katanya.

Selain saluran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (TV3, ntv7, 8TV, dan TV9), ASK2017 turut menerima penyertaan dari HyppTV, RTM, dan Bernama.

ASK2017 akan bersiaran langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) dalam tiga bahagian iaitu Majlis Prelude ASK2017 pada pukul 5 petang, acara Karpet Merah yang akan ke udara secara dua peringkat iaitu secara strim langsung di portal video tonton pada jam 8 malam dan siaran langsung di Pop TV, TV9 pada jam 8.30 malam. Malam kemuncak ASK2017 merupakan bahagian terakhir yang akan ke udara secara langsung pada jam 9 malam di TV3.

Majlis Prelude ASK2017 ini akan dihoskan oleh Haiza Kool FM dan Issey Fazlisham (Titan) di ruang karpet merah ASK2017 untuk menyampaikan 13 anugerah.

Selain itu, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Haiza & Aepul, Aiman Tino, dan Tajul & Wany Hasrita.

ASK2017 menyaksikan gandingan pertama kali tiga pengacara bertenaga, Jihan Muse, Fahrin Ahmad, dan Shuk. Ketiga-tiga pengacara ini turut bergandingan bersama 15 penyampai anugerah iaitu Anim Ezzati, Aiman Tino, Aaisyah, Farah Nabila, Fattah Amin, Nabila Huda, Neelofa, Raja Ilya, Rozita Che Wan, Saiful Apek, Sara Adiba, Shukri Yahya, Wany Hasrita, Zizan Razak, dan Zul Ariffin sepanjang majlis anugerah itu berlangsung.

Menghiburkan penonton malam itu adalah barisan artis hebat iaitu, Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Issey, Abam & Mark Adam, Stacy, Salam Musik, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak & Azira Shafinaz, dan Black & Jaclyn Victor.       

Sebagai rakan penaja, McCafĂ©, McDonald’s bakal menerbitkan drama bersiri lima episod di TV3 yang bakal diumumkan pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2017 kelak.

Ikuti fenomena Anugerah Skrin 2017 pada 3 November, jam 5 petang untuk siaran langsung Majlis Prelude ASK2017 di TV3, Acara Karpet Merah ASK2017 di tonton dan PopTV pada pukul 8 malam, dan Anugerah Skrin 2017 pada jam 9 malam di TV3.

GEMPAL: Harap ramai tepuk tangan...
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.