Berita Terkini
recent

Apa Hubungan Shahir Dengan Pramugari Ini?

 Teka-teki hubungan Shahir Zawawi dengan Erra Fazira yang masih samar ketika ini mungkin memberi makna lain selepas tersebarnya foto pemuda itu di internet bersama seorang wanita.
Foto-foto dari Facebook individu itu menggambarkan kemesraan mereka apabila pasangan ini seolah-olah bersiar-siar bersama.

Menjawab teka-teki itu, Shahir, 29, menjelaskan dia tiada sebarang hubungan istimewa dengan seorang wanita seperti foto yang tersebar di internet tersebut.

Shahir berkata, wanita yang bekerja sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan itu hanyalah peminat yang sering menyokongnya sepanjang program AF Megastar.

"Saya tiada hubungan istimewa dengan wanita terbabit, saya mengenali dia sejak sebulan lalu dan mengaku dia sering memberi sokongan sepanjang program AF Megastar berlangsung.

"Tapi tidaklah sampai dia jadi kekasih atau ada hubungan lain," ujarnya .

Shahir diminta mengulas tentang foto-foto yang tersebar di laman sosial bersama seorang wanita.
Sementara itu, Shahir berkata, dia tidak mengetahui apa tujuan wanita berkenaan memuat naik gambar dan status yang boleh mencetuskan spekulasi.

"Kami baru kenal dan kalau keluar beramai-ramai, tapi tidak tahu mengapa dia ambil gambar seolah-olah kami berdua sahaja.

"Tentang kapsyen love itu juga saya tidak tahu, kena tanya dialah mengapa tulis begitu pula," ujarnya.

Dalam pada itu, Shahir mengakui sedikit tertekan dengan isu berkenaan ketika dia sibuk dengan persiapan akhir AF Megastar pada Ahad ini.

"Sudahlah tertekan dengan persiapan lagu baharu untuk final ini, timbul pula isu-usu remeh begini menjadikan fikiran saya serabut sedikit," ujarnya.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.