Berita Terkini
recent

Anak Suka Berhijab, Ashanty Malu Pada Diri Sendiri

Baru-baru ini, anak sulung pasangan penyanyi popular Anang Hermansyah dan Ashanty, Arsy dikatakan telah mencuri perhatian netizen Indonesia dek gelagatnya yang suka meminta dipakaikan hijab.

Sebagai ibu bapa, Ashanty mengakui bersyukur dan gembira dengan tingkah laku puterinya itu. Namun penyanyi yang popular dengan lagu Aku Memilihmu ini jujur mengakui, sikap Arsy membatkan dia sedar malu dengan dirinya sendiri.

"Arsy sejak dari kecil nampaknya sudah suka memakai hijab. Tapi saya malu, saya kan tidak pakai hijab," katanya.

Tambah Ashanty lagi, setiap kali meihat anaknya yang baru berusia dua tahun itu memakai hijab, secara tidak langsuung mengingatkan dia kepada arwah ibunya.

"Dia seperti bayangan mama saya yang dari dulu menyuruh saya memakai hijab, cara dia memandang orang juga mirip mama," tuturnya.

Kata Ashanty lagi, sejak kecil, Arsy atau lebih mesra dengan panggilan Acio memang sudah menunjukkan minatnya pada hijab.

Oleh sebab sudah terbiasa, adakalanya dia tidak mahu menanggalkannya meskipun mungkin dia masih belum mengerti maknanya berhijab. Bagi Ashanty, dia memandang positif akan hal itu.

"Setiap hari dia (Arsy) pakai hijab. Lagi-lagi kalau ada acara. Padahal bajunya lengan pendek.

"Sampai di Australia kelmarin, mujur pembantu saya membawa hijab. Dan Arsy berkata, 'hijab saya mana', selepas dia pakai, baru dia dia. Ya semoga dia menjadi anak solehah," kongsi Ashanty mengenai kerenah anaknya.

Sungguhpun Arsy dilahirkan dalam keluarga seniman, Ashanty bagaimanapun berkata dia tidak menaruh harapan anak-anaknya akan menjejaki langkahnya dan Anang. Sebaliknya dia mahu memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik dan memilih sendiri apa yang mereka minati.

"Saya tidak mahu memaksa anak saya jadi artis atau apa. Tapi Arsy memang bakatnya dari dia kecil. Saya tidak menghalang untuk dia melakukan apa yang dia suka

"Saya nampak dia minat menari, nyanyi dan main piano. Saya merancang untuk menghantarnya ke kelas tarian tradisional kerana sikit-sikit dia sudah menunjukkan minat menari tarian Bali dan tarian Jawa," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.