Berita Terkini
recent

Anak Fahrin Ahmad Dibenarkan Keluar Hospital

Sejak dua hari lalu, anak pelakon Fahrin Ahmad iaitu Khalifa Fahrel telah dimasukkan ke Hopital KPJ Damansara.

Menerusi entri terbaru milik isterinya, Elena Eleas telah memuatnaik berita gembira bahawa anak kesayangan mereka sudah dibenarkan keluar.

Pelakon filem Pilot Cafe itu turut akui lega apabila anak lelakinya sudah dibenarkan pulang dan kini kesihatan Fahrel sudah beransur pulih.

“’Smile Peeps! Rasa gembira baby KF dah boleh keluar hospital hari ini. Dah sihat sikit lah tu anak ayah,” tulisnya ringkas.

Ruangan komen di Instagramnya juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang mendoakan Fahrel kembali sembuh seperti sedia kala.

Ada juga pengikut yang memberi tips untuk si comel itu agar segera sembuh.

Sementara itu, isterinya juga turut berterima kasih kepada pengikut di Instagram kerena mendoakan kesejahteraan Fahrel.

Elena juga sempat bergambar sebelum pulang di wad dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan hospital.

Bagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan punca sebenar anaknya dimasukkan ke hospital.
Fahrel dilahirkan secara normal pada 29 September 2016 di Pusat Perubatan KPJ Damansara.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.