Berita Terkini
recent

Amyra Rosli Selamat Lahir Bayi Sulung

Tahniah buat pelakon Amyra Rosli dan suami, Amar Baharin selamat menimang cahaya mata sulung.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Amyra dan Amar di akaun Instagram masing-masing.
Menerusi Instagram milik pelakon Tuan Anas Mikhael itu telah berkongsi gambar tangan anaknya selain berterima kasih kepada peminat yang tidak henti mendoakan dirinya dan kelurga.

Di ruang kapsyennya, Amyra meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT atas kelahiran zuriatnya ini.

“Alhamdulillah… “Aku mohon perlindungan untuk mu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan dari kejahatan yg menakutkan” Amin.

“Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Amyra juga telah meninggalkan ucapan tahniah dan mendoa yang baik-baik untuk anak yang baru lahir itu.

Amyra selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 12.07 tengah hari pada hari ini secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.


Kami di Kakigosip mengucapkan tahniah kepada Amyra dan Amar yang kini sudahpun bergelar ibu dan bapa.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata di dalam keluarga mereka akan menambahkan keceriaan dan kebahagiaan di antara mereka berdua.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.