Berita Terkini
recent

Amar Teruskan Tugas Sebagai Duta Pencuci Alat Sulit

Pelakon Amar Asyraf mengakui tidak terkesan dengan isu penahanan pelakon dan usahawan Datuk Boy Iman yang di dakwa terbabit dalam kes penipuan pembinaan rumah banglo membabitkan nilai RM6.2 juta menerusi syarikat DBI Technology.

Memetik laporan mStar online, Amar yang merupakan duta kepada produk Durro milik syarikat tersebut berkata, jualan produk pencuci alat sulit lelaki itu masih berjalan seperti biasa dan ia tiada kaitan dengan penipuan kes hartanah yang gempar sebelum ini.

"Pasal kes terbaharu, saya pun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Produk pencuci bawah syarikat DBI Health & Beauty, rasanya tiada kaitan dengan kes hartanah tu," katanya.

Tidak berhasrat untuk menamatkan kontrak sebagai duta produk itu, sebaliknya Amar mahu meneruskan tugasnya sebagai duta sehingga kontrak tamat pada Jun tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Amar bakal mengarahkan sebuah pementasan teater bertajuk Projek Tiga di Singapura pada 17, 18, 19 November depan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.