Berita Terkini
recent

Alternatif kalahkan kanser

PADA tahun 1910,angka mereka yang mendapat penyakit kanser adalah satu daripada 33 orang,tetapi kini berubah kepada satu dalam empat orang. Ini disebabkan gaya hidup dan pemakanan masyarakat hari ini yang tidak sihat, justeru menyebabkan tubuh mengambil toksin dan sistem imunisasi menjadi lemah, langsung sel-sel kanser membiak dan merebak dengan cepat.

Sel-sel kanser ialah organisma sebesar 0.5 mikron atau sehalus-halus zarah, Ia membiak dengan pantas kerana mengambil gula sebanyak 15 kali ganda daripada sel-sel normal. Maka, pesakit kanser mengambil masa yang lama untuk merawatnya.

Sel-sel kanser membiak cepat dalam bentuk gandaan 1 menjadi 2, 2 menjadi 4, 4 menjadi 8, dan 8 menjadi 16 dan seterusnya.

Justeru, pemakanan pesakit kanser seperti nasi yang menjadi glukosa kompleks,buah-buahan menjadi fruktosa,susu menjadi laktosa dan jagung menjadi sukrosa serta sirap menjadi maltosa.

Pemakanan-pemakanan ini akan membiakkan lagi sel-sel kanser dengan kadar cepat.

Menyelesaikan masalah kanser

Menggunakan enzimenzim secara protokol. Apa itu enzim? Enzim-enzim adalah vitamin atau molekul-molekul halus seperti sel-sel kanser yang memasuki saluran darah.

Ia digunakan secara oral melalui pemakanan. Apabila enzim memasuki darah ia akan bertembung dengan sel-sel kanser. Tindakan enzim adalah memecahkan pelapis protein (pelindung), mematikan pusat sel-sel kanser agar tidak membiak lagi.

Ini telah dikaji sejak 1931 oleh Dr Otto Henrich Walburg, kemudian dibetulkan oleh Prof Dr Ernesto Contreras. Beliau menjalankan kaedah protokol di hospitalnya - Oasis of Hope Tijuana Mexico.

Bio enzim yang digunakan untuk melawan sel-sel kanser adalah daripada tumbuhtumbuhan semula jadi seperti kunyit, garam galian, bromilin (ekstrak nenas), biji aprikot dan manggis.

Pantang larang pemakanan

Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan sel-sel kanser cepat membiak, sebaliknya dengan mengikuti pantang larang akan melemahkan selsel kanser. Hanya sedikit nasi untuk mendapatkan tenaga dan banyakkan sayur-sayuran yang membantu anda seperti lobak,bunga kubis, bawang putih, halia, teh hijau, biji-biji delima,bayam, tomato, kunyit dan vitamin D3 serta habbatus sauda dan zinc.

Banyak lagi dikupas mengenai ‘kalahkan kanser’ ini menggunakan enzim alternatif. Namun anda digalakkan juga mendapatkan rawatan hospital seperti CT Scan dan MRI untuk mengenal pasti saiz tumbesaran tumor kanser dan menerima nasihat-nasihat doktor. Artikel ini dipetik daripada buku Kalahkan Kanser Melalui Ilmu Orthomolecular tulisan Muhammad Anuar Ibrahim.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.