Berita Terkini
recent

Aksi Mabuk Seungri Dirakam Secara Langsung

PENYANYI Seungri mendapat malu apabila aksinya dalam keadaan mabuk dapat ditonton oleh peminatnya secara langsung di Insta Live di Instagram.

Menerusi video itu Seungri dilihat berada dalam keadaan mabuk selain hilang kawalan sambil memegang telefon dan turut merakam rakannya tanpa menyedari aksinya itu turut dirakam oleh teman lain.

Bagaimanapun apabila dia menyedari dirinya dirakam secara langsung, ahli kumpulan Big Bang itu cuba merampas telefon rakannya sebelum melarikan diri.

Rakan itu turut mengejarnya keluar daripada kelab dikunjungi mereka namun Seungri berjaya menyorok dalam keretanya bagi mengelakkan dirinya terus dirakam.


Powered by Blogger.