Berita Terkini
recent

Akhirnya Suu Kyi buka mulut...

Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi menggesa agar langkah-langkah bantuan kemanusiaan, pemulihan, penempatan semula dan pembangunan di negeri Rakhine yang dilanda konflik dipercepat, lapor agensi berita China Xinhua memetik Agensi Berita Myanmar.

Pada satu mesyuarat penyelarasan yang berlangsung di Pusat Keamanan dan Perdamaian Nasional di Nay Pyi Taw pada Rabu, Suu Kyi menggariskan keutamaan untuk kerajaan bagi pelaksanaan berkesan langkah terbabit.

Gesaan itu dibuat sehari selepas kerajaan Myanmar mengatur satu lawatan untuk duta lima negara jiran ke kawasan konflik di Rakhine, yang diketuai Menteri untuk Pejabat Kaunselor Negara U Kyaw Tint Swe.

Ketua Menteri Rakhine U Nyi Pu pula berkata kerajaan Myanmar kini menggesa pelaksanaan pemulihan dalam tiga bidang iaitu senarai kompilasi, bekalan makanan dan untuk pelarian serta penambahbaikan komunikasi dan pengangkutan.

Tentera Penyelamat Rohingya Arakan telah melancar serangan baharu ke atas balai polis di Rakhine pada 25 Ogos, menyebabkan penduduk di beberapa kawasan dalam daerah Maungtaw tersingkir.
Powered by Blogger.