Berita Terkini
recent

Akhirnya Shahir Tarik Diri AF Megastar


TERTEKAN dengan tekanan dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pramugari, finalis  AF Megastar, Shahir Zawawi memberi gambaran menarik diri daripada pertandingan itu yang akan berlangsung Ahad ini.

Shahir menerusi Instagramnya memberitahu dia mengambil keputusan itu demi merealisasikan impian pihak yang cuba mensabotaj karier seni dia dengan bertujuan menutup periuk nasinya.

"Tak senang hati nampaknya melihat Allah bagi rezeki pada saya... Cubaan sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.

"Baiklah... Demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan karier saya, Insya-Allah saya sendiri akan tarik diri dari pentas akhir AF Megastar," tulisnya.

Keputusannya itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kontroversi melandanya apabila foto mesranya bersama seorang pramugari dikenali sebagai Mona Syamimi tersebar di Internet sejak Isnin lalu.

Bagaimanapun Shahir menerusi satu kenyataan menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Mona sebaliknya memberitahu wanita itu adalah peminatnya.

Shahir juga memberi kenyataan akan meminang primadona Erra Fazira yang dikaitkan dengannya pada awal tahun hadapan.

Dalam kenyataan balasnya, Mona memberitahu penyanyi tersebut ada menghantar mesej romantik dan seakan-akan memberi harapan kepadanya selain mereka sering menghabiskan masa bersama.



Sementara itu, rata-rata peminat melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Shahir itu dan memintanya terus bertanding.

"Shahir janganlah... Tolonglah... Kalau awak tarik diri sukalah mereka sebab awak cepat sangat mengalah.

"Kasihan la pada peminat yang mengundi. Jangan pentingkan diri sebab ini tidak adil buat peminat," antara komen peminat di Instagramnya.

Usaha untuk mendapatkan kenyataan lanjut berhubung keputusannya itu bagaimanapun tidak berjaya kerana Shahir tidak menjawab panggilan dibuat kepadanya.

Pihak Astro juga terkejut dengan keputusan itu dan tidak dapat memberi ulasan lanjut buat masa ini.



www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.