Berita Terkini
recent

Agnez Mo Bergandingan Dengan Megan Fox

Nampaknya penyanyi Indonesia, Agnes Monica atau kini dikenali sebagai Agnez Mo telah melebar sayapnya jauh ke peringkat antarabangsa.

Setelah kejayaannya menerusi lagu terbarunya, Long As I Get Paid, mendapat ribuan tontonan dan liputan, kini pelbagai berita gembira telah dikongsikan Agnez Mo.

Malah, baru sahaja dilantik menjadi duta jenama telefon bimbit Vivo di Indonesia, Agnez sekali lagi mencatat kejayaan yang layak dibanggakan apabila dilantik menjadi duta kepada jenama antarabangsa, Lakmè Absolute Reinvent.

Wow! Lakmè Absolute Reinvent merupakan sebuah jenama yang sangat terpengaruh.

Menurut pengarah urusan jenama itu di Indonesia, antara faktor Agnez dipilih adalah kerana beliau mempunyai wajah yang cantik dan komersial.

Lebih menarik lagi, iklan komersial produk tersebut, Agnez telah digandingkan dengan pelakon jelita yang terkenal menerusi filem Transformers, Megan Fox yang juga merupakan ambassador global untuk jenama kosmetik tersebut.

Menerusi iklan yang berdurasi satu minit itu, Agnez kelihatan sedang berbual dengan Megan Fox bagi memilih gincu.

Malah, Agnez juga turut berbangga apabila dapat berkobolarsi bersama bintang pujaan ramai itu.
“Ya, sangat gembira dapat berganding dengan Megan Fox menjadi brand ambassador. Itu sangat luar biasa rasanya.

“Bukan hanya kerana Megan Fox sahaja, tapi semuanya kerana kru dan kumpulan yang bekerja bersama ketika penggambaraan. Semua orang benar-benar berusaha untuk membuat iklan ini supaya menadapt hasil yang baik,” ujar Agnez kepada portal Indonesia.

Bukan calang-calang orang boleh bergandingan dengan bintang antarabangsa.  Tahniah buat Agnez Mo atas kejayaan ini. Bertuah sungguh Agnez.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.