Berita Terkini
recent

Aeril Zafrel Dakwa Ditipu RM100,000 Oleh ‘Datuk’

Baru sahaja dikecam gara-gara memuat naik gambar dengan menunjukan isyarat lucah, kali ini Aeril Zafrel telah memuatnaik status baru di Instagramnya kerana mendakwa telah ditipu oleh seseorang yang bergelar Datuk.

Menerusi entri terbaru yang dikongsi, dia bersama isterinya, Wawa Zainal telah membuat laporan polis setelah ditipu sebanyak RM100, 000 sejak Mac lalu.

Ahli perniagaan tersebut dikatakan mengusahakan perniagaan wangian telah menawarkan mereka untuk melancarkan jenama minyak wangi sendiri. Namun sehingga kini tidak ada produk tersebut.   
Dikatakan, Datuk tersebut juga telah menghilangkan diri sehingga sukar dijejaki meskipun oleh anak-anaknya sendiri.

Aeril meminta kepada sesiapa yang mengenali Datuk tersebut ataupun waris beliau untuk memaklumkan kepadanya.

Pelakon Patah Sebelah Sayap itu juga berkata berbagai usaha dan saluran digunakan secara berhemah dan berhikmah tetapi Datuk tersebut terus ‘melarikan diri’ dan berdiam diri serta enggan memberi respon bila dihubungi untuk bertemu menyelesaikan masalah yang sudah berlanjutan selama 19 bulan.
Bagaimanapun, Aeril juga berkata tidak berniat memalukan secara umum, tetapi ini cara terakhir yang dia ada setelah setahun lebih bersabar dengan berbagai alasan dan karenahnya.
Kini, dia dan isteri hanya berserah kepada Tuhan dan dia berikhtiar untuk menuntut haknya dan isteri.

“Kepada Datuk, isteri atau warisnya, saya sekadar mengingatkan sebagaimana tuntunan agama setelah semua jalan penyelesaian tertutup,” ujarnya dengan memberi sepotong ayat surah Al-Baqarah mengenai hutang.

“…..dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi ALLAH dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli ; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian) maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada ALLAH ; ALLAH mengajarmu ; dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu”. (QS. Al-Baqarah : 282).”

Dia dan isteri juga mengakui kesal dengan insiden tersebut dan kini lebih berhati-hati dalam memilih rakan kongsi perniagaan akibat sudah ‘fobia’ ditipu lagi.
Powered by Blogger.