Berita Terkini
recent

Adam Shahz Tepis Tuduhan Bersekongkol Dengan Boy Iman

Pelakon, Adam Shahz menafikan dakwaan dia bersekongkol dengan pelakon Datuk Boy Iman berhubung penipuan projek pembinaan rumah mencecah RM6.2 juta yang hangat diperkatakan masyarakat, sejak dua hari lalu.

Memetik laporan mStar online, Adam berkata, dia dilantik oleh Boy sebagai jurucakap selebriti dan hanya terlibat untuk beberapa projek seni yang dijalankan usahawan itu.

"Saya menerima tawaran sebagai jurucakap untuk perkara berkaitan seni selepas terlibat dengan beberapa projek seni untuk projek berkaitan yang dilaksanakan oleh Boy.

"Saya tahu netizen kecam saya dan imej saya sudah pun terjejas. Tapi saya hanya menjadi jurucakap selebriti sahaja, ia hanya berkaitan seni, saya terlibat dengan projek teater Kontena 404 yang bakal dipentaskan bulan ini," ujarnya.

Laporan mendia menyebut, pada Isnin lalu, Boy Iman atau Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Boy bagaimanapun telah bebas tahanan reman pada petang Rabu namun beberapa minit kemudian dia ditahan semula dan dibawa ke dua negeri berasingan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Adam berkata dia tidak boleh memberi sebarang komen berkaitan perkara tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas.

"Saya tidak tahu apa-apa berkaitan perniagaan mereka dan tidak boleh beri komen tentang itu.

"Biar pihak berkuasa dan mahkamah yang menentukan siapa betul dan salah," ujarnya
Powered by Blogger.