Berita Terkini
recent

5 Wanita Cantik Bakal Bintangi Ayat-Ayat Cinta 2

Pernah tak anda ingat filem Ayat-Ayat Cinta yang menjadi fenomena pada tahun 2008? Filem cinta islamik adaptasi dari penulis novel terkenal , Habiburrahman El-Shirazy yang mendapat kutipan tinggi dan memperoleh pendapatan luar biasa 3.7 juta penonton pada tahun tersebut.

Kini, ada berita baik buat penonton setia filem tersebut kerana tidak lama lagi lagi akan ditayangkan sekuel kedua, iaitu Ayat-Ayat Cinta 2.

Yang menariknya, filem sekuel ini masih mengekalkan tunjang utama iaitu, Fedi Nuril. Pastinya watak Fahri yang dibawakan Fedi Nuril masih berbekas di hati penonton.


Bagaimana watak utama wanita? Dikhabarkan filem itu mengisahkan kehilangan Aisha selama beberapa tahun lalu dan Fahri bertemu ramai wanita.

Ramai wanita inilah yang Kakigosip  akan perkenalkan. Nampaknya filem ini bakal dihiasi lima wanita cantik termasuklah pelakon jelita dari Malaysia.

Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin telah dipilih bagi menjayakan bersama filem sekuel yang melakukan penggambaran di Edinburgh dan wilayah Scotland selama dua minggu.
1.Nur Fazura


2.Syifa Hadju


3. Tatjana Saphira


4.Chelsea Islan


5. Dewi Sandra


Pastinya sekuel kedua ini dapat kembali mencuri hati para penonton oleh kerana filem kedua ini tidak melulu soal kisah cinta, tetapi penuh dengan unsur mendebarkan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.