Berita Terkini
recent

Zamani Mengaku Sudah Ada Teman Wanita

Menerusi laporan Kosmo!, Zamani mengaku kini sedang menjalin hubungan cinta dengan namun vokalis kumpulan Slam ini enggan mendedahkan identiti teman wanitanya itu buat masa ini.

Penyanyi berusia 46 tahun ini berkata dia akan berkongsi kepada umum sekiranya sudah sampai masanya untuk dia mendirikan rumah tangga.

"Saya sedang mengenali hati budi seorang wanita dan jika sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga, saya akan khabarkan pada pihak media," katanya.

Mengenai perkembangan seni, Zamani kini sedang mencari lagu yang sesuai untuk dirakam dan dipasarkan sebagai single baharu.
Powered by Blogger.