Berita Terkini
recent

Zahirah jadi 'Luna' ganti Fathia

PELAKON Zahirah MacWilson dipilih menggantikan tempat Fathia Latiff yang digugurkan daripada membintangi drama La Luna akibat masalah disiplin.

Pengumuman itu dibuat penerbit syarikat produksi Tenview Sdn Norazah Sahud, hari ini.

Norazah berkata, pihaknya mencari pelakon yang sesuai dan akhirnya memilih Zahirah bagi melakonkan watak Luna.

"Zahirah dipilih kerana dia sangat menepati watak Luna. Kami agak teliti memilih pelakon kerana tidak mahu masalah sebelum ini berulang lagi.

"Justeru, kami merujuk kepada beberapa produksi berkenaan tahap disiplinnya dan mendapati setakat ini dia tidak menimbulkan masalah dengan mana-mana syarikat produksi," katanya.

Menurutnya, Zahirah juga mempunyai pakej menarik sebagai pelakon utama setanding Fathia.

"Zahirah seorang pelakon remaja yang sedang meningkat namanya. Lakonannya juga bagus dan boleh memberi kesan terhadap penonton drama ini nanti," katanya.

Sebelum ini tindakan drastik dan tegas diambil oleh Norazah terhadap Fathia kerana selalu datang lambat ke lokasi penggambaran.

Tindakan ini dibuat selepas perbincangan dengan pengarah dan pengurus produksi biarpun Fathia sudah berlakon sebanyak 35 babak.

Selain masalah disiplin, Fathia juga terbabit dengan video kurang sopan yang tular sejak Jumaat lalu.

Walaupun pada mulanya menafikan, Fathia akhirnya mengakui dia adalah wanita dalam video itu bersama pelakon baru, Natasha Elyzza dan memohon maaf kepada masyarakat.

Norazah berkata, pihaknya juga sudah melakukan penggambaran semula La Luna bermula hari ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.