Berita Terkini
recent

Yoona Dedah Sebab Tak Suka Swafoto

Bintang kegilaan ramai, Yoona mendedahkan dia sebenarnya seorang yang tidak gemar berswafoto namun anggota kumpulan Girls Generation ini berusaha untuk tidak menolak jika ada peminat meminta dia berkongsi di laman sosial gambar swafoto.

"Kamu semua sangat suka lihat saya berswafoto jadi saya selalu di suruh oleh kru supaya swafoto lebih-lebih lagi imej saya kini berambut pendek.

"Tapi sejujurnya saya tidak suka swafoto. Tapi demi peminat semua, saya lakukan," katanya sambil tertawa.

Pelakon drama K2 ini membuat pengakuan tersebut ketika muncul menerusi live chat aplikasi weibo, baru-baru ini.

"Alasan saya tidak suka selfie kerana ketika merakamkan gambar pasti kita harus berlakon dan perlu nampak cantik dan comel.

"Lebih-lebih lagi jika banyak orang di sekeliling saya, saya tidak suka kerana itu lebih memalukan," akuinya.
Powered by Blogger.