Berita Terkini
recent

Yerin sakit apendiks

Annyeonghaseyo! Demi meneruskan aktiviti seni, masalah kesihatan perlu diutamakan.

Buat anggota GFRIEND iaitu Yerin, dia terpaksa akur direhatkan buat sementara waktu.

Penyanyi berkenaan yang menjayakan Konsert Daejun SBS Super baru-baru ini dilaporkan menderita sakit perut sepanjang persembahan itu.

Kesakitan yang dialaminya begitu teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan. Dia kemudian disahkan mengalami masalah apendiks.

Menurut doktor yang merawatnya, dia tidak perlu menjalani pembedahan membuang apendiks berkenaan dan dinasihatkan untuk berehat.

Sehubungan itu, Yerin diminta menghentikan aktivitinya sehingga Ahad ini. Ia bagi mengelakkan masalah apendiks itu menjadi lebih bahaya.

Menurut jurucakap agensinya Source Entertainment, dia mungkin terpaksa dibedah jika keadaannya bertambah teruk.

“Buat masa sekarang, dia akan direhatkan dan hanya lima anggota lain meneruskan aktiviti GFRIEND. Ia disebabkan kami tidak mahu membahayakan kesihatannya.

“Buat masa ini, dia tidak perlu menjalani sebarang pembedahan. Bagaimanapun, doktor menasihatkan dia perlu berehat kerana jika keadaannya jadi teruk, Yerin perlu dibedah,” katanya.
Powered by Blogger.