Berita Terkini
recent

Watak kecil tetap rezeki kata Syafie

PELAKON Syafie Naswip menafikan dakwaan dia sudah lama tidak ditawarkan berlakon.

Syafie, 25, berkata, rezekinya dalam bidang ini tidak pernah putus malah masih menerima panggilan daripada ramai penerbit dan pengarah.

"Semua ini salah faham. Saya sendiri tidak pasti macam mana cerita ini boleh timbul.

€œKalau nak tahu, setiap bulan ada sahaja tawaran kerja. Malah tidak timbul isu saya memilih watak sehingga tiada pihak sudi melamar saya lagi,€ katanya.

Syafie yang mencipta nama menerusi filem Mukhsin berkata, dia tidak menolak sekiranya diberikan watak kecil.

"Saya sedia maklum kewujudan ramai pelakon baru dan kerana itu tidak boleh terlalu memilih.

"Andai hanya muncul dalam satu atau dua babak pun saya terima kerana ia tetap rezeki,€ katanya.

Syafie tidak menolak kemungkinan ada pihak menyangka dia tiada tawaran berlakon apabila sanggup menjayakan watak kecil.

"Berlakon adalah periuk nasi saya. Bagi saya kecil besar watak bukan isu, asalkan menarik dan ada kelapangan saya pasti buat.

"Ada ketika saya memenuhi permintaan produksi yang sudah biasa bekerjasama dengan saya. Kalau ada yang minta tolong, takkan saya nak tolak," katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.