Berita Terkini
recent

Wak Doyok Sepatutnya Dah Nikah Tapi...

PELAKON filem Abang Long Fadil 2 iaitu Wak Doyok mendedahkan dia sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pada April lalu.

Bagaimanapun kata ikon fesyen terkenal itu, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila hubungan mereka berakhir dengan perpisahan namun enggan mendedahkan identiti wanita yang sepatutnya dikahwini itu.

"Jika diikutkan saya sepatutnya berkahwin pada April lalu malah persiapan pun sudah dilakukan.

"Tetapi jodoh itu di tangan Allah, semua yang dirancang tidak menjadi dan saya anggap tiada jodoh di antara kami," katanya.

Wak ditemui pada sesi fotografi pencalonan awal Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29), Rabu.

Sebelum ini Wak atau atau Mohd Azwan Md Nor, 38, pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas personaliti TV3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.

Ditanya mengenai pengganti, Wak berkata buat masa ini dia ingin memberi fokus kepada karier lakonannya yang sedang berkembang.

Namun katanya, itu bukan bererti dia serik untuk kembali bercinta sebaliknya berharap dipertemukan dengan seorang wanita yang boleh memahami dirinya selain menjaga ibunya.

"Kalau dapat jodoh seorang cikgu pun apa salahnya, lagi bagus sebab boleh jaga dan ajar anak-anak.

"Ciri-ciri wanita yang saya cari tidaklah yang terlalu tinggi cukup sekadar boleh memahami saya dan menjaga ibu saya.

"Tetapi sekarang saya memang tiada sesiapa kerana mahu fokus kepada karier seni terlebih dahulu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Wak berkata, dia terkejut apabila diberitahu namanya mendapat pencalonan awal pada FFM29 menerusi penampilan sulungnya dalam Abang Long Fadil 2.

Bagaimanapun Wak tidak meletakkan harapan tinggi dan bersyukur dengan pencalonan diterima.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.