Berita Terkini
recent

Usher Dituduh Jalin Hubungan Sejenis, Sebar Penyakit Seks

Penghibur terkenal, Usher didakwa menjalin hubungan sejenis dengan seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya mengaku pernah melakukan hubungan intim dengan Usher di spa Koreatown, Los Angeles.



Perkara tersebut didedahkan oleh lelaki itu sendiri dan bukan itu saja malah dia mendakwa Usher mengidam penyakit kelami akibat daripada hubungan seks yang mereka lakukan sebelum ini. Bagaimanapun tuduhan tersebut disangkal pihak Usher.

Menerusi jurucakap penyanyi itu Zia Modabber, Usher akan mengambil tindakan undang-undang dan tidak akan memberi komen lanjut mengenai kes itu," katanya.

Sebelum ini, laporan media antarabangsa menyebut, seorang penyanyi dikenali sebagai Laura Helm juga pernah mendakwa Usher menyebarkan penyakit seksual. Penyanyi jazz berasal dari New Orleans ini menuntut ganti rugi sebesar USD 20 juta (kira-kira RM83,874,009).

Dalam tuntutannya, Laura mengaku telah menjalin hubungan intim dengan Usher sebanyak dua kali. Pertemuan kedua mereka melibatkan seks tanpa kondom dan Helm mendakwa dia menyedari ada benjolan berukuran sebesar biji kacang di kemaluannya.

Usher dikatakan berperlakuan aneh selama melakukan seks. Laura mendedahkan Usher mandi sebelum dan sesudah melakukan hubungan seks.

Laura awalnya meminta USD 10 juta tapi kemudian melipatgandakan tuntutan selepas disahkan mengidap diagnosis penyakit Herpes Simplex 2 pada bulan Julai lalu. Selain itu, dia mendakwa mengalami tekanan mental, emosi dan fizikal.

Namun sehingga kini, Usher masih mengunci mulutnya tentang 'drama' penyakit seks yang menular ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.