Berita Terkini
recent

Usahawan Berang Diri Ditipu Penyanyi

Dalam zaman moden sekarang ini pelbagai cara penipuan dilakukan untuk hidup senang dengan cara kotor.

Menurut satu sumber, seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mohamad Hisham Shafie telah berasa tertipu dengan seorang penyanyi yang didakwa tidak mahu untuk bertanggungjawab terhadap kerugian bernilai lebih RM100,000 untuk projek menjual pakaian.

Hisham berkata projek menjual pakaian bersempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu itu pada mulanya diusahakan oleh penyanyi tersebut bersama dengan seorang pelabur lain.

Projek baju Melayu dan kurta itu merupakan idea penyanyi itu bersama dengan seorang ahli perniagaan.

Kata Hisham lagi, ahli perniagaan itu telah menarik diri akibat kerana tidak berpuas hati dengan penyanyi tersebut berhubung soal kewangan.

Sebagai seorang rakan, Hisham telah membantu penyanyi itu dengan membayar jumlah wang kepada pelabur terdahulu dengan niat baik untuk menolongnya keluar daripada masalah yang sedang dihadapi.

Bagaimanapun selepas membantu penyanyi itu, didapat dia bertindak lepas tangan dan tidak menjalankan tanggung jawabnya untuk mempromosi dan menjual baju-baju tersebut.

Sehinggakan dia sendiri terpaksa untuk turun padang dan menjual bagi mengelakkan kerugian.
Ahli perniagaan ini juga berkata, daripada jumlah baju yang telah dikeluarkan, penyanyi tersebut hanya menjual tidak lebih daripada 50 helai dan di dalam stor pula masih ada lebih 700 helai lagi.
Apa yang membuatkan dia berasa begitu marah sekali terhadap penyanyi tersebut adalah dia hanya mendiamkan diri dan cuba untuk lari.

Namun begitu, buat masa ini dia masih belum berfikir untuk mengambil sebarang tindakan dan mahu memberi peluang kepada penyanyi tersebut. Dia berharap agar penyanyi tersebut tampil dan bertanggung jawab untuk selesaikan masalah ini.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.