Berita Terkini
recent

TMJ diberi guna ruang udara Korea Utara

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menerima kunjungan Charge D'Affairs Korea Utara, Kim Yu Song, di Istana Bukit Serene, Johor.

Difahamkan, pertemuan ini membincangkan hubungan dua hala dan juga mengenai isu semasa dunia serta membincangkan perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan 'AFC Asian Cup UAE' 2019 Peringkat Kumpulan B di mana kedua-dua pasukan akan menjamin keselamatan para pemain dan pegawai pasukan.

"Perbincangan tersebut membuahkan hasil yang sangat positif di mana pada masa yang sama, Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara," petik kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers

Dalam pada itu, hasil pertemuan itu juga menyaksikan Tunku Mahkota Johor turut diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara.

"Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. ALLAH Peliharakan Sultan," petik kenyataan itu lagi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.