Berita Terkini
recent

"Tarikh Nikah Saya Tak Boleh Kongsi" - Tauke (Jambu)

Selepas dua tahun mengikat tali pertunangan dengan Nadia Mohd Affendi, pelawak Tauke (Jambu) akhirnya bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya itu pada Disember depan.

Lapor mStar online, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 40, berkata, majlis pernikahannya akan dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Manakala satu majlis resepsi akan diadakan pada 9 Disember bertempat di Ambersador Hall, Putrajaya.

"Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi. Namun ia akan dijalankan dalam keadaan tertutup untuk ahli keluarga sahaja," katanya.

Pasangan ini bertunang di kediaman wanita itu di Terengganu pada 5 Disember 2015.

Tauke sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan enam cahaya mata.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.