Berita Terkini
recent

Tak Reti Cipta Kontroversi

Meskipun kemunculan semulannya dalam industri muzik tempatan sejak tiga tahun lalu di sambut baik namun Amelina, 43, mengakui dia tidak terlepas menerima kutukan daripada sesetengah pihak bahkan ada juga mempertikai relevan dia kembali aktif.

Memetik laporan Sinar Harian, Amelina berkata dia tetap kuat mengorak langkah demi mencari rezeki buat anak-anak tercinta dan dalam masa sama, membuat aktiviti yang disukainya; menghiburkan orang ramai.

"Tidak dinafikan, zaman saya di dalam industri seni ini sudah lama berlalu. Genre dangdut tidak lagi hangat seperti dulu. Tapi bila saya dijemput untuk hiburkan orang ramai, lagu saya masih lagi relevan dan diterima ramai, lebih-lebih lagi bagi yang membesar sekitar 90-an.

"Walaupun saya tak lagi popular seperti dahulu, saya akan pastikan buat yang terbaik setiap kali persembahan agar orang masih ingat dan alert kehadiran saya dalam industri," katanya kepada Media Hiburan.

Tidak mahu mengambil jalan singkat dengan menggunakan kontroversi untuk kembali meraih perhatian, pemilik nama penuh Norazlina Amir Sharipuddin ini percaya rezeki dari Tuhan.

"Ada kontroversi boleh menjatuhkan, ada kontroversi boleh menaikkan, tapi sampai bila?

"Dari dulu lagi, saya tak reti nak cipta kontroversi sebab saya tahu tak ke mana pun

"Lagipun niat saya kembali aktif ini adalah untuk mencari rezeki buat anak-anak. Jadi biarlah dengan cara yang betul. Saya tak mahu dari orang suka kita, orang jadi menyampah pula," ujarnya.

Amelina mempunyai enam cahaya mata iaitu, Puteri Nur’ Athirah, 16, Putera Al’ Affiq, 15, Putera Al’ Asyraff, 14, Puteri Nur’ Asyurah, 12, Putera Al’ Arffa, 10, dan Putera Al’ Amzar, 8.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.