Berita Terkini
recent

Tak beri muka kaki fitnah

Anggota kumpulan Wanna One, Kang Daniel dan Yoon Ji Sung akan mengambil tindakan terhadap netizen yang memberi komen berunsur fitnah terhadap mereka sebelum ini.

Agensi mewakili mereka, MMO mengatakan Kang Daniel dan Yoon Ji Sung memfailkan tindakan itu pada awal Julai lalu.

Pada 13 Ogos pula, mereka pergi ke Balai Polis Yongsan dan memberi kenyataan masing-masing.

“Bermula daripada masa mereka menyiarkannya, kami sudah bersedia sepenuhnya untuk mengambil tindakan lanjut. Kami akan mengambil tindakan lebih berat pada masa depan,” kata wakil agensi.

MMO Entertainment dalam satu kenyataan mengesahkan mengenai aktiviti komen fitnah yang dilemparkan terhadap Kang Daniel termasuk gangguan seksual.

Dalam pada itu, Kang Daniel baru sahaja menjalani sesi fotografi sebagai model muka depan satu majalah fesyen popular.

Foto itu didedahkan majalah dalam laman sosial Instagram rasmi mereka awal minggu lalu. Pada status yang ditulis, majalah itu akan menampilkan superstar Kang Daniel yang juga selebriti lelaki pertama pada muka depan majalah selepas 14 tahun.

Antara kandungan isu mengenai Kang Daniel adalah sisi seksi dan ‘boyish’ yang dimilikinya.

Pada minggu sama, barisan selebriti dalam program Oppa Thinking terkejut melihat kaki Kang Daniel yang agak panjang.

Kang Daniel dan rakan-rakannya, Kim Jae Hwan, Lee Dae Hwi, Park Ji Hoon dan Hwang Min Hyun diundang sebagai tetamu dalam satu episod program itu.

Pada program itu, ahli kumpulan Wanna One menjawab soalan dan permintaan yang dilontarkan peminat.

Salah seorang peminat meminta mereka mengukur panjang kaki Kang Daniel. Apabila ditanya, Kang Daniel mendakwa mempunyai ketinggian 180 sentimeter.

Ketika rakaman, dia muncul di tengah dan mengangkat sedikit bajunya untuk diukur kepanjangan kakinya. Yang Se Hyung yang sedang mengukur berseloroh bertanya kenapa kakinya sangat panjang.

Selepas mengukur, mereka dapati panjang kakinya 110 sentimeter dari tapak kasut sehingga ke pinggul. Mereka percaya panjang kaki rakan mereka sekitar 107 sentimeter apabila ditolak tinggi tapak kasut dipakainya.

Lee Kyu Han yang terkejut turut berseloroh bertanya adakah dia benar-benar orang Korea.

Terbaru, kumpulan Wanna One akan muncul dalam satu program baru menerusi saluran dalam talian terbitan SBS. Perkara itu disahkan wakil penajanya.

Mereka dikatakan akan muncul dalam satu program untuk siaran mobil, Wanna City tapi enggan mendedahkan perincian program itu pada masa ini. Teaser program akan dilancarkan minggu depan.

Satu lagi program bergenre realiti berjudul Wanna One Go pula dilaporkan akan bersiaran untuk musim kedua dalam Mnet pada November ini.

Kumpulan itu juga akan buat ‘comeback’ dengan album yang dipakej semula pada bulan sama.

Mereka juga baru saja mengesahkan akan muncul pada acara Anugerah Artis Asia 2017 pada 15 November depan.

Pemenang anugerah dipilih melalui undian peminat Hallyu Asia (termasuk Malaysia), Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah.

Acara itu akan berlangsung di Stadium Tertutup Jamsil dan diacarakan oleh Leeteuk dari kumpulan Super Junior.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.