Berita Terkini
recent

Tahniah! Fizo Bakal Dapat 'Baby Girl'

TEKA-TEKI mengenai jantina anak sulung pasangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim akhirnya terjawab apabila mereka mendedahkan bakal menimang bayi perempuan.

Fizo dan Mawar menerusi video di laman sosial mereka pada malam Khamis berkongsi berita gembira itu selepas melakukan pemeriksaan di hospital.

"Kita dah buat pemeriksaan dan secara rasminya doktor beritahu 99.99 peratus bayi perempuan," katanya menerusi video itu.

Dalam pada itu, Fizo turut memberitahu berat bayi dalam kandungan isterinya juga sudah mencecah 600 gram dan berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah kandungan sudah masuk 24 minggu. Berat badan bayi pun sudah mencecah 600 gram dan cukup sifat," katanya.

Menerusi video itu juga, Fizo dan Mawar tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja dan gembira dengan berita itu selain tidak sabar menanti kelahiran bayi sulung mereka.

Pada Mei lalu, Mawar disahkan hamil selepas empat tahun berumah tangga dan berita gembira itu dikongsi oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat.

Kata Hamid, Mawar hamil selepas menjalani beberapa pembedahan ekoran mengalami masalah peranakkan sehingga menyukarkan dia mendapatkan cahaya mata.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar Abdul Karim, 28, pada 10 November 2013.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.