Berita Terkini
recent

Tahfiz: Pernah tegur suspek kerana merokok

Seorang pengawal keselamatan di Taman Tasik Datuk Keramat, di sini mengakui pernah menegur salah seorang remaja yang ditahan polis berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung.

Hamat Yani Rahidin, 45, berkata, dia yang telah bekerja di kawasan taman ini sejak tujuh bulan lalu pernah terserempak remaja terbabit dengan sekumpulan rakannya.

"Remaja dan rakan-rakannya itu sering hadir ke sini..lepak-lepak.



"Saya ada menghampiri kepada remaja itu kerana melihatnya merokok. Saya tegur dia...tapi dia melawan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, tujuan menegur adalah kerana ini merupakan tempat awam dan tidak sepatutnya ada aktiviti merokok dan tidak sesuai untuk kanak-kanak yang melihatnya.

Katanya, remaja itu (suspek) bagaimanapun memarahi dia semula kerana teguran itu dengan menuduhnya menyibuk dan sebagainya.


Kawasan taman rekreasi yang terletak di belakang pusat tahfiz.
"Walaupun kejadian itu berlaku kira-kira pada bulan lalu, saya masih ingat sindirin yang saya terima oleh remaja terbabit," katanya.

Dalam pada itu, Hamat Yani turut akui taman ini dahulunya menjadi tempat remaja untuk melepaskan gian.

"Sebelum saya mula kerja di sini, banyak saya dengar cerita di sini jadi tempat mereka lepaskan gian. Tapi, sekarang sudah kurang, sebab saya pantau betul-betul walaupun banyak laluan keluar masuk di sini," katanya.

Tambahnya, dia harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas dalam memperketat pemantauan di sekitar kawasan ini.
Powered by Blogger.