Berita Terkini
recent

Sufie tak kisah pun

PENYANYI lagu Aku Sanggup, Sufie Rashid, 26, tidak kisah digelar 'hiasan' pertandingan realiti AF Megastar untuk meraih undi peminatnya di Singapura.

Katanya, ia bukan isu baru dan perkara itu sudah diperkatakan sejak 2015 ketika dipilih sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia 2015 (AF2015).

"Saya tidak hairan pun apabila isu sebegitu ditimbulkan sekali lagi. Saya sudah biasa kerana pernah digelar seperti itu ketika menyertai AF2016. Saya hanya ingin fokus untuk terus memberikan persembahan yang terbaik sepanjang AF Megastar.

"Saya sendiri tidak sangka terpilih sebagai salah seorang peserta AF Megastar. Saya akui persembahan ketika pemilihan minggu pertama tidak mencapai piawaian. Tetapi, Alhamdulillah saya diberikan peluang untuk terus beraksi," katanya yang muncul juara AF2015.

Tambahnya lagi, dia berjanji untuk melakukan persembahan yang mengagumkan setiap minggu konsert AF Megastar.

Katanya, dia akan menggunakan kesempatan itu untuk menunjukkan bakat sebenarnya.

Selain Sufie, peserta lain AF Megastar ialah Marsha, Indah Ruhaila, Idayu, Adira, Syamel, Amir Jahari, Ewal, Azhar, Shahir, Bob dan Amir AF2016.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.