Berita Terkini
recent

Sufian Suhaimi Tak Jumpa Elfira

PENYANYI Sufian Suhaimi tidak mempunyai banyak waktu untuk bertemu teman wanitanya, Elfira Loy.

Sufian, 25, memaklumkan dia terlalu sibuk sehingga mereka berdua tidak dapat meluangkan masa bersama seperti pasangan kekasih lain.

"Sejujurnya, sekarang ini saya agak sibuk dengan persembahan pentas serta ada mencipta lagu untuk penyanyi lain dan Elfira pula sudah memulakan penggambaran drama terbaru.

"Jadi, kami jarang berjumpa dan fokus dengan kerja masing-masing, buat masa ini kurangkan 'dating' dahulu.

"Walaupun sibuk dengan kerja masing-masing, kami selalu berhubung melalui panggilan telefon," katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Terakhir ini tidak membuat persiapan keterlaluan untuk majlis pertunangan mereka yang bakal diadakan pada 6 Oktober depan.

Jelasnya, dia dan Elfira merancang menganjurkan sebuah majlis ringkas yang hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat.
.
"Persiapan ala kadar sahaja kerana ia hanyalah majlis pertunangan dan tak perlu nak terlalu mewah.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dalam hal ini banyak perkara famili uruskan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sufian berkata dia baharu sahaja tampil dengan single berjudul Terasa Ada yang dicipta bersama komposer, Sirkhan.

Lagu tersebut merupakan single ketiga dan sudah dilancarkan di semua platform digital.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.