Berita Terkini
recent

Stephen Rahman akui UK sukar

PELAKON dan penyanyi Stephen Rahman Hughes mengakui dirinya sukar mendapat tempat di industri seni United Kingdom (UK) berikutan persaingan terlalu sengit.

Menurut pelakon kacukan Inggeris-Melayu yang berpangkalan di London itu, watak yang diberikan kepadanya juga stereotaip termasuklah lelaki berbangsa India.

"Persaingan di sana sangat sengit. Susah untuk dapat watak besar kerana rupa saya tidak menepati piawaian mereka.

"Pemilihan watak di sana berdasarkan imaginasi produksi. Pelakon yang dicari mestilah benar-benar sama seperti gambaran mereka.

"Ia perkara normal dan berlaku kepada semua pelakon. Disebabkan itu, saya kena bekerja keras, katanya.

Berada di Malaysia untuk mengendalikan bengkel latihan pelakon Ola Bola The Musical, Stephen menafikan dirinya sudah tidak laku di sini.

"Bukan tiada tawaran tetapi jadual lakonan saya di London sangat berbeza dengan industri di sini. Ada tawaran yang menuntut saya berada di sana sepanjang tahun.

"Bagaimanapun, saya bakal menjayakan sebuah filem di sini tahun hadapan. Ia masih dalam proses perbincangan dan saya sangat sukakan jalan ceritanya,€ katanya.
Powered by Blogger.