Berita Terkini
recent

'Sihir Pemisah' Puncanya - Isteri Adam Shahz

BEKAS isteri kepada pelakon Adam Shahz iaitu Fatin Afeefa tidak menolak dakwaan sihir sebagai punca penceraian mereka pada Mei lalu.

Fatin berkata pada mulanya dia tidak percaya dengan perkara tersebut. Bagaimanapun, dia telah mendapatkan rawatan perubatan Islam akibat sering jatuh sakit.

"Sebelum ini saya ada mengalami muntah-muntah. Waktu malam dalam pukul 12 pula mesti saya tak boleh bangun.

"Malah apabila ke hospital doktor pun tak boleh kesan penyakit saya kerana tidak tahu apa puncanya.

"Buat masa sekarang, saya dalam proses berubat dan berulang alik ke Pusat Perubatan Islam Darussyifa seminggu sekali," kata Fatin.

Menurut Fatin, ustaz yang merawatnya memberitahu ada seseorang yang menghantar sihir pemisah sehingga memudaratkan kesihatannya.

Tambahnya lagi, disebabkan itu berat badan dia juga semakin susut sejak beberapa bulan lepas.
"Ramai orang yang tegur pasal perubahan berat badan saya yang sangat ketara.

"Sebelum ini berat dalam lingkungan 45 hingga 46 kilogram. Namun, sekarang berat saya dalam 39 kilogram sahaja," ujarnya.

Menerusi ruang gosip portal hiburan pada Ahad, Adam Shahz berkongsi di laman sosial mengenai dia disihir oleh seseorang yang rapat sehingga menyebabkan rumah tangganya bergolak.

Dalam pada itu, bekas suaminya juga ada mendapatkan rawatan yang sama kerana sering mengalami sakit badan.

Namun, pelakon yang pernah dikenali menerusi filem Tentang Bulan ini bersyukur kesihatannya kini beransur pulih.

"Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin baik dan boleh bekerja seperti biasa. Apabila sudah sihat nak jaga anak-anak pun senang," kata Fatin.

Adam Shahz mengakui hasutan pihak luar menjadi punca Fatin memfailkan cerai terhadapnya.

Fatin berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan mereka membesarkan dua cahaya mata Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

Dia diceraikan bekas suaminya dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.


Powered by Blogger.