Berita Terkini
recent

Senyuman seram sejak kecil

Aktor paling hangat diperkatakan sekarang pastinya pelakon kelahiran Sweden, Bill Skarsgard.

Kejayaan jejaka berusia 27 tahun itu mempersembahkan watak Pennywise dalam It dengan cemerlang, memberikannya perhatian luar biasa.

Apabila dia menerima tawaran watak rebutan ramai, tiada siapa tahu bagaimana persediaan Skarsgard. Rupa-rupanya dia sudah berlatih senyuman seram Pennywise itu sejak kecil.

“Abang saya Gustaf ada satu bakat memuncungkan bibirnya dengan sangat pelik. Apabila berumur 10 tahun, saya kemudian berjaya lakukan mimik itu juga.

“Ia menjadi tabiat kami adik-beradik dan saya gunakan mimik itu untuk takutkan adik saya. Saya juga reka watak Pennywise dengan menarik baju menutup muka saya dan mengejar adik,” katanya yang mempunyai tujuh beradik.

Di sebalik karakter badut mengerikan yang dilakonkan, Skarsgard ternyata sangat tampan dalam realiti. Sekali gus, kini ramai mula mengikuti perkembangan kariernya.

Skarsgard atau Bill Istvan Gunther Skarsgard dilahirkan di Vallingby, Sweden pada 9 Ogos 1990 mula berlakon pada 2000 menerusi White Water Fury.

Pada 2011 dicalonkan untuk Anugerah Guldbagge melalui wataknya sebagai Simon dalam filem Simple Simon dan pada usia 21 tahun, Skarsgard menang European Film Academy’s Shooting Stars Award.

Menjadi cerita ikonik dan pernah diterbitkan sebagai siri mini pada 1990, cerita It bergantung kuat kepada watak Pennywise.

Bukan semua mampu membawakan watak itu dengan berjaya. Namun Skarsgard membuktikan sebaliknya kerana sekarang Pennywise nyata lebih digeruni berbanding Annabelle.

Selepas seminggu tayangan, filem itu berjaya mengutip jumlah yang jauh lebih tinggi mengatasi Annabelle. Filem berkenaan juga mendapat pujian luar biasa daripada orang ramai.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.