Berita Terkini
recent

Sempat Lentok Atas Bahu, Cemburu Tak Lihat Norman Layan Memey?

ROMANTIK sungguh layanan pelakon Norman Hakim terhadap isterinya, Memey Suhaiza yang dikhabarkan tidak sihat.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Norman memenuhi permintaan isterinya dengan membawa berjalan-jalan menaiki kenderaan pada malam itu.

Rakaman berdurasi 60 saat itu memaparkan Norman sedang memandu kereta sambil Memey meletakkan kepalanya di lengan Norman.


"Kasihan baby besar kita tak sihat, baru nak letak kepala tetiba dia meragam batuk-batuk, tak boleh tidur katanya.

"Dia minta bawa pusing-pusing naik kereta sampai dia tertidur, lepas itu kalau dah tertidur suruh dukung naik rumah," kata Norman di laman akaun @normanhakim_786.

Sikap penyayang yang ditunjukkan Norman itu turut mendapat pujian netizen yang kagum dengan cara dia membahagiakan isteri.

"Allah sweetnya... Semoga kekal sampai jannah," tulis @diniesha_luktfi.

"Alhamdulillah syukur sangat Memey dapat suami macam Norman. Sangat romantik dan penyayang. Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat. Amin," kata @salbiah_ita pula.

Malah, video tersebut turut mencuri tumpuan pelawak Shuib Sepahtu yang turut meninggalkan komen pujian kepada Norman Hakim.

"Ini Champion... Real man is family man, salute Norman!," tulis Shuib menerusi akaun @shuibsepahtu.

Beruntungkan Memey dikurniakan suami yang penyayang dan tak jemu-jemu melayan kerenah isteri. Moga pasangan ini dimurahkan rezeki dan berkekalan bahagia selamanya.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.