Berita Terkini
recent

Selena Gomez Terima Buah Pinggang Sahabat

PENYANYI Selena Gomez mendedahkan dia telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya Francia Raisa.

Selena, 25, yang mengalami radang buah pinggang berkata, dia amat menghargai jasa Raisa yang sanggup berkorban untuknya demi perkara itu.

Malah Selena turut berkongsi foto bersama Raisa terbaring bersebelahan katil hospital bagi menjalani rawatan berkenaan.

Turut dikongsi ialah dua foto kesan pembedahan itu.

"Beberapa peminat mempersoalkan mengapa saya tidak mempromosikan muzik baru saya? Sebenarnya saya perlu mendapatkan pemindahan buah pinggang kerana radang yang saya hadapi,” katanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya dan pasukan doktor yang luar biasa kerana membantu sebelum dan selepas pembedahan.

“Dan akhirnya, tidak ada kata-kata untuk menggambarkan bagaimana saya dapat mengucapkan terima kasih kepada sahabat cantik saya, Francia Raisa,” tulis Selena.

Francia Raisa adalah model dan pelakon berusia 29 tahun dari Los Angeles, yang merupakan anak perempuan personaliti radio, Renan Coello.

Dalam pada itu menurut The Guardian, selebriti itu enggan berkongsi bilakah proses pemindahan itu dilakukan termasuklah keadaan kesihatannya ketika ini selepas melakukan rawatan tersebut. 


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.